Dahulunya
Dia pernah disakiti
Pernah dilukai
Sehingga jatuh
Rebah
Tersungkur
Tak berdaya
Umpama mayat hidup
Tapi dia usaha untuk bangun
Bangkit
Maju
Dan terus mara kehadapan
Tanpa mengendahkan insan yang pernah menyakitinya
Tanpa mengendahkan cacian, perli dan maki
Berpura-pura
Berlakon
Seolah tiada apa
Kini
Dia berjaya
Berjaya menempuh segalanya seorang diri
Tanpa insan yang disayanginya disisi
Bukan soal tidak bisa
Tapi untuk membuktikan bahawa dirinya juga cukup mampu mengharungi tanpa kesayangan disisi
Akhirnya
Dia berjaya
Dahulunya dihina
Kini permata
Siapa sangka?
Namun
Harus sedar
Walau berpura
Lakonan sempurna
Seolah kenangan indah tak pernah terjadi
Seolah kata-kata indah tak pernah diungkapi
Perlu sedar
Insan itu pernah menjadi asbab pemangkin untuk dia terus berjaya
Mengapa harus di benci?
Mengapa harus melupakan?
Kenangan indah sukar berbuat demikian
Jadi hargai
Kerna 10 yang datang belum tentu sama dengan 1 pergi
Hidup ini
Tak perlu mengejar kesempurnaan
Hanya perlu terima dan buatlah perubahan.
Mohon hargai
Sebelum dia tiada disisi
Ketika itu
Tiada guna lagi meratapi yang telah pergi ...
Nukilan,
Permata yg Hilang



































