Wednesday, 2 December 2015

Permata yang Hilang II



Dahulunya
Dia pernah disakiti 
Pernah dilukai 
Sehingga jatuh 
Rebah 
Tersungkur
Tak berdaya 
Umpama mayat hidup 
Tapi dia usaha untuk bangun 
Bangkit 
Maju 
Dan terus mara kehadapan
Tanpa mengendahkan insan yang pernah menyakitinya 
Tanpa mengendahkan cacian, perli dan maki 
Berpura-pura 
Berlakon 
Seolah tiada apa 
Kini 
Dia berjaya 
Berjaya menempuh segalanya seorang diri 
Tanpa insan yang disayanginya disisi
Bukan soal tidak bisa 
Tapi untuk membuktikan bahawa dirinya juga cukup mampu mengharungi tanpa kesayangan disisi
Akhirnya 
Dia berjaya
Dahulunya dihina 
Kini permata 
Siapa sangka? 
Namun 
Harus sedar 
Walau berpura 
Lakonan sempurna 
Seolah kenangan indah tak pernah terjadi 
Seolah kata-kata indah tak pernah diungkapi 
Perlu sedar 
Insan itu pernah menjadi asbab pemangkin untuk dia terus berjaya 
Mengapa harus di benci? 
Mengapa harus melupakan? 
Kenangan indah sukar berbuat demikian 
Jadi hargai 
Kerna 10 yang datang belum tentu sama dengan 1 pergi 
Hidup ini 
Tak perlu mengejar kesempurnaan 
Hanya perlu terima dan buatlah perubahan.
Mohon hargai 
Sebelum dia tiada disisi 
Ketika itu 
Tiada guna lagi meratapi yang telah pergi ...

Nukilan, 
Permata yg Hilang 

Permata yang Hilang





Kau ingat aku ni apa? 
Datang & pergi ikut suka 
Datang tanpa ku undang 
Tetiba pergi menghilang 
Ingat 
Aku juga manusia biasa 
Perlukan masa untuk terima semua 
Kau ingat aku ni apa? 
Patung cendana yg tiada hati , tak bisa berkata kata 
Aku juga manusia 
Mohon terima seadanya
Jika tidak 
Mohon berterus terang & pergilah kau menghilang
Hidup ku juga akan jadi senang 
Mungkin bukan seperti yg kau suka 
Tapi yg aku bayang 
Selamat tinggal buat  lakonan indah mu itu 
Sayang . 

Nukilan, 
Permata yang Hilang